TYT Sarawak terima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya SPRM

TUAN Yang Terutama (TYT) Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Haji Wan Junaidi Tuanku Jaafar bersama Toh Puan Datuk Patinggi Hajjah Fauziah Mohd Sanusi menerima kunjungan hormat Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Seri Abd Halim Aman di Astana Negeri Sarawak, hari ini.

Pertemuan rasmi yang berlangsung hampir sejam itu turut disertai Pengarah SPRM Sarawak, Datuk Hasbilah Mohamad Salleh.

Dalam pertemuan berkenaan, Abd Halim berkongsi pandangan mengenai agenda pengukuhan antirasuah selain perkembangan semasa SPRM, khususnya berkaitan SPRM Sarawak.

Menurut SPRM, kunjungan itu turut menjadi wadah untuk membincangkan usaha memperkukuh inisiatif membanteras rasuah di Malaysia.

Abd Halim turut menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan kepada Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah atas kesudian meluangkan masa menerima kunjungan berkenaan.

Katanya, kesudian itu mencerminkan komitmen serta sokongan berterusan terhadap usaha memperkukuh agenda antirasuah negara.

Kunjungan berkenaan merupakan sebahagian daripada siri lawatan rasmi Abd Halim selepas beliau memulakan tugas secara rasmi sebagai Ketua Pesuruhjaya SPRM yang baharu pada 13 Mei lalu.

Turut hadir dalam kunjungan itu ialah isteri Ketua Pesuruhjaya SPRM, Datin Seri Safiah Md Tahir dan isteri Pengarah SPRM Sarawak, Datin Nur Syakinah Daud.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here