Fahmi ajak rakyat Malaysia hayati lagu ‘Aku Berjanji’

MENTERI Komunikasi Datuk Seri Fahmi Fadzil mengajak seluruh rakyat Malaysia mendengar dan menghayati lagu tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) 2026 bertajuk “Aku Berjanji”.

Menerusi hantaran di laman Facebook hari ini, beliau berkata lagu hasil ciptaan dan dendangan penyanyi tersohor Faizal Tahir itu berupaya menyemarakkan semangat cinta akan negara.

Terdahulu, Fahmi menerima kunjungan Faizal di Putrajaya, dengan penyanyi berkenaan turut berkongsi perkembangan mengenai konsertnya yang dijadual pada 3 Okt depan di Unifi Arena, Bukit Jalil.

“Saudara Faizal memaklumkan tentang konsert beliau yang akan berlangsung pada Oktober ini. Saya doakan ia berjalan seperti direncanakan, insya-Allah,” katanya.

Selain itu, Fahmi turut menerima kunjungan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia dan figura kemanusiaan antarabangsa Datuk Dr Sani Araby.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here