Lelaki edar lebih 6kg methamphetamine dipenjara seumur hidup, 12 sebatan

SEORANG lelaki dijatuhi hukuman penjara seumur hidup dan 12 sebatan oleh Mahkamah Tinggi Tawau, hari ini selepas mengaku bersalah mengedar hampir tujuh kilogram methamphetamine di Lapangan Terbang Tawau, dua tahun lalu.

Hii Sieng Kang, 31, membuat pengakuan itu di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Steve Ritikos selepas sepatutnya menjalani perbicaraan selama empat hari bermula hari ini.

Ritikos kemudian memerintahkan hukuman bermula dari tarikh tertuduh ditangkap pada 30 Julai 2024, lapor BH.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar methamphetamine seberat 6,968.6 gram di Balai Ketibaan Terminal, Lapangan Terbang Tawau, kira-kira jam 12.30 tengah hari, 30 Julai 2024.

Dia didakwa mengikut Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta sebatan tidak kurang 15 sebatan, jika sabit kesalahan.

Mengikut fakta kes, seorang pegawai kastam lelaki yang bertugas di bahagian pemeriksaan penumpang mengesan tertuduh dalam keadaan mencurigakan sebelum mengarahkannya mengimbas sebuah bagasi hitam yang dibawanya melalui mesin pengimbas.

Hasil imbasan mengesan imej mencurigakan sebelum pemeriksaan lanjut mendapati bagasi berkenaan mengandungi beberapa peket biru dipercayai dadah jenis methamphetamine.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Jabatan Kastam Diraja Malaysia, Arif Mohamad Shariff, manakala tertuduh diwakili peguam Vivian Thien.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here