20 lelaki warga China direman, disyaki terbabit ‘love scam’

SERAMAI 20 lelaki warga China direman empat hari bagi membantu siasatan berhubung kegiatan sindiket penipuan ‘love scam’ yang dipercayai menggunakan aplikasi media sosial.

Perintah reman terhadap kesemua suspek dikeluarkan Majistret Nurhanisah S H Sahul Hamid bermula hari ini bagi membolehkan polis menjalankan siasatan lanjut.

Kesemua suspek yang berusia antara 19 hingga 41 tahun itu diwakili peguam, Cheah Eng Soon.

Difahamkan, mereka ditahan dalam serbuan di sebuah rumah tiga tingkat di Solok Sungai Emas, Batu Ferringhi, Georgetown, kira-kira jam 7.05 malam tadi.

Suspek disyaki menyasarkan mangsa dari China dengan menggunakan aplikasi Telegram bagi menjalankan kegiatan penipuan berkenaan.

Dalam serbuan itu, polis turut merampas lebih 100 telefon bimbit pelbagai jenama yang dipercayai digunakan untuk menjalankan kegiatan terbabit.

Turut dirampas ialah tiga komputer riba, beberapa buku nota serta peralatan lain yang dipercayai mempunyai kaitan dengan aktiviti sindiket berkenaan.

Kesemua suspek kini direman bagi membantu siasatan dan polis dijangka menjalankan pemeriksaan lanjut terhadap peralatan yang dirampas bagi mengenal pasti skala serta modus operandi sindiket terbabit.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here