Banjir Nepal: Dua pegawai JBPM antara dikhuatiri hilang

SEORANG pegawai Pasukan Khas Udara Bomba (PASKUB), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) antara yang dikhuatiri terputus hubungan ketika menyertai misi pendakian di Nepal susulan tragedi banjir dahsyat yang melanda negara itu, semalam.

Pegawai Bomba Kanan II Mohd Fakhrul Munir Mohd Isa yang bertugas di Pangkalan Udara Wilayah Tengah JBPM di Lapangan Terbang Subang gagal dikesan selepas hubungan komunikasi terputus.

Selain beliau, turut gagal dikesan ialah Timbalan Pengarah Bahagian di ibu pejabat JBPM, Mohd Sani Harul yang menyertai misi pendakian berkenaan.

Mohd Fakhrul Munir atau lebih dikenali sebagai ‘Loe’ dalam kalangan penggiat sukan lasak, mempunyai pengalaman hampir 25 tahun dalam aktiviti pendakian dan sukan ekstrem.

Isterinya, Hani Othman memaklumkan kepada BH, mereka masih sempat berhubung pada pagi semalam ketika suaminya singgah minum kopi dalam perjalanan di kawasan sempadan Nepal-China.

Sebelum dilaporkan hilang, Mohd Fakhrul Munir menerusi hantaran di media sosial pada 2 Ogos lalu mengingatkan pendaki supaya tidak mencabar hukum alam, tidak mendaki bersendirian serta sentiasa mematuhi arahan ketua dan perubahan cuaca.

Beliau turut menegaskan bahawa kegagalan menawan puncak bukan sesuatu yang memalukan, sebaliknya keputusan mengutamakan keselamatan wajar dihormati.

Usaha pencarian serta perkembangan mengenai kedua-dua mangsa kini dipantau pihak berkuasa tempatan dan pasukan penyelamat di Nepal.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here