Nahas helikopter: Kebenaran penerbangan tertakluk kepada agensi berkaitan – KKM

SEBARANG kebenaran penerbangan termasuk helikopter dan pesawat yang membawa petugas Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) tertakluk kepada prosedur serta penilaian keselamatan yang ditetapkan agensi berkaitan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Mahathar Abd Wahab berkata, keadaan jerebu yang didakwa menjadi faktor kepada nahas helikopter BO-105 perlu ditentukan pihak berkuasa berkaitan menerusi siasatan lanjut.

“Untuk makluman semua, kita maklum sebarang aspek penerbangan, sama ada helikopter ataupun kapal terbang dan sebagainya. Prosedur-prosedur tertentu daripada aspek keselamatan perlu dipatuhi dan barulah mereka diberikan untuk terbang.

“Di pihak KKM, inilah sebenarnya yang kita nyatakan daripada awal tadi. Sama ada kebenaran untuk terbang atau tidak itu tertakluk kepada pelulusan daripada agensi agensi perkenaan.

“Jadi dalam kes semalam, kebenaran tersebut penerbangan telah berlaku. Tapi untuk maklumat lanjut berkaitan dengan pertanyaan tadi, saya mohon pihak berkuasa yang berkaitan menjawab soalan ini,” katanya.

Dalam kejadian kira-kira jam 3.40 petang semalam, helikopter BO-105 yang terhempas berhampiran Lapangan Terbang Long Lellang mengorbankan juruterbang dan empat petugas kesihatan.

Mangsa terdiri daripada juruterbang, Kapten Zainol Afiq; Dr Ainul Baraah Kamaruddin; Penolong Pegawai Perubatan, Alexson Adit serta dua jururawat, Debra Moset dan Jessie Paya.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here