KERAJAAN persekutuan akan terus memperkukuh kerjasama dan kebersamaan dengan kerajaan Kelantan demi kepentingan serta kesejahteraan rakyat negeri itu, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Perdana Menteri berkata, perkara itu dibincangkan semasa menerima kunjungan hormat daripada Menteri Besar Kelantan Nassuruddin Daud hari ini.
‘’Perbincangan itu merangkumi sokongan dalam pelbagai sektor termasuk infrastruktur, ekonomi, pertanian, pendidikan, kesihatan dan kemudahan sosial bagi memastikan pembangunan negeri terus berjalan lancar.
“InsyaAllah, kerjasama ini akan terus diperkukuh demi kepentingan dan kesejahteraan rakyat Kelantan,” katanya menerusi hantaran di Facebook, lapor Bernama.





