Nahas helikopter: 5 jasad sudah diserah kepada waris

KESEMUA lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Baram, diserahkan kepada waris masing-masing hari ini.

Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Mohamad Zainal Abdullah berkata, dengan selesainya proses penyerahan itu, urusan seterusnya termasuk membawa pulang jasad ke kampung halaman akan dikendalikan waris dengan bantuan pihak berkaitan.

“Kita telah menyerahkan kesemua mangsa kepada waris untuk proses selanjutnya,” katanya kepada pemberita di Hospital Miri, lapor Bernama.

Beliau berkata, pengaturan penerbangan akan dibuat mengikut keperluan setiap keluarga, dengan sebahagiannya dijangka diterbangkan esok.

“Sebahagian daripada mereka mungkin menggunakan penerbangan komersial, manakala penerbangan lain turut dipertimbangkan bergantung pada pengaturan yang dibuat,” katanya.

Polis turut melaksanakan proses pengecaman barangan peribadi mangsa untuk diserahkan kepada waris masing-masing.

Mohamad Zainal berkata, siasatan bagi menentukan punca sebenar nahas kini diteruskan oleh Biro Siasatan Kemalangan Udara (BSKU).

Helikopter yang menjalankan penerbangan FDS itu terhempas di Long Lellang, Baram, pada Selasa lepas, mengorbankan lima individu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here