Polis rakam keterangan 15 individu nahas maut 12 motosikal

POLIS sudah merakam keterangan 15 individu bagi membantu siasatan kemalangan maut membabitkan 12 motosikal dan tiga kereta di Jalan Jelapang-Ampang, Ipoh, awal pagi kelmarin.

Kemalangan kira-kira jam 3.35 pagi itu mengorbankan tiga penunggang motosikal, manakala sembilan lagi yang berusia antara 19 hingga 25 tahun cedera.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin, berkata keterangan ibu bapa mangsa, khususnya mereka yang masih di bawah umur, turut akan diambil bagi membantu siasatan.

Beliau berkata, polis tidak akan teragak-agak mengambil tindakan terhadap ibu bapa sekiranya siasatan mendapati anak mereka yang masih bawah umur terbabit dalam kegiatan samseng jalanan atau lumba haram.

“Siasatan awal mendapati kumpulan motosikal terbabit dipercayai ditunggang laju di celah-celah kenderaan sebelum kumpulan pertama hilang kawalan dan merempuh sebuah Toyota Vios,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muallim, Ipoh, hari ini, lapor Buletin TV3.

Katanya, kumpulan kedua penunggang motosikal gagal mengelak lalu merempuh kenderaan terbabit dalam kemalangan pertama.

“Daripada sembilan yang cedera, dua dirawat di zon merah hospital dengan seorang parah dan seorang lagi dilaporkan stabil. Kesemua 20 individu terbabit nahas adalah dari Perak,” katanya.

Tiga pemandu kereta yang terbabit tidak mengalami kecederaan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here