Pekerja Myanmar maut dipercayai terjatuh dari tingkat 25 tapak pembinaan

SEORANG pekerja warga Myanmar ditemui maut selepas dipercayai terjatuh dari tingkat 25 sebuah tapak pembinaan kondominium di Lorong Perak, Jelutong, Georgetown, semalam.

Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Abdul Rozak Muhammad berkata, mangsa berusia 31 tahun itu ditemukan terbaring di tingkat 20 bangunan berkenaan kira-kira jam 6.50 petang.

Menurutnya, pihak polis menerima maklumat awam berhubung kejadian sebelum sepasukan anggota dikerahkan ke lokasi.

“Hasil siasatan mendapati lokasi kejadian merupakan tapak pembinaan sebuah bangunan kondominium setinggi 25 tingkat di Jelutong.

“Mangsa yang juga pekerja di tapak pembinaan berkenaan dipercayai terjatuh dari tingkat 25 ketika sedang menjalankan kerja pemasangan papan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap badan mangsa dan tempat kejadian mendapati tiada unsur jenayah dikesan.

“Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk bedah siasat.

“Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here