Menteri Besar Negeri Sembilan menghadap Tuanku Muhriz

MENTERI Besar, Datuk Ismail Lasim hari ini menghadap Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir di Istana Hinggap Seremban.

Kenderaan membawa Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Juasseh itu dilihat tiba di istana kira-kira jam 10.50 pagi.

KENDERAAN dinaiki Tuanku Muhriz Tuanku Munawir tiba di Istana Hinggap, Seremban

Turut kelihatan, kenderaan Undang Yang Empat yang tidak dipertikaikan iaitu Undang Luak Rembau, Dato’ Sedia Raja Hassan Ab Hamid dan Undang Luak Sungei Ujong, Dato’ Klana Petra Muhammad Faris Johari serta Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk Alzafny Ahmad.

Kehadiran kesemua mereka menghadap Tuanku Muhriz dipercayai bagi membincangkan krisis adat yang sedang berlaku di negeri terbabit, lapor Sinar Harian.

Media sebelum ini melaporkan, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berkata, Ismail diarahkan untuk menghadap Tuanku Muhriz bagi membincangkan penyelesaian krisis adat yang sedang berlaku

Presiden UMNO itu berkata, kaedah terbaik perlu dicari di peringkat negeri bagi memastikan keadaan tidak semakin keruh dan akhirnya rakyat menjadi mangsa.

Katanya, Ismail juga diberikan mandat bertemu dengan Undang Yang Empat, Tunku Besar Tampin, Datuk Shahbandar dan hierarki adat negeri dalam mencari jalan keluar kemelut berpanjangan tersebut.

“Yang penting, rakyat mesti diberikan keutamaan. Masalah mereka mesti ditangani dan mesti disantuni.

“Kita cari jalan penyelesaian yang baik di peringkat negeri dan tentunya kita tidak mahu keadaan semakin keruh dan rakyat akan dimangsakan dengan situasi ini,” katanya dalam sidang media selepas merasmikan Perhimpunan Agung Tahunan Ke-18 Parti Makkal Sakti Malaysia di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur pada Ahad lalu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here