Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah seperti mak saya… – Chef Wan

CHEF selebriti terkemuka negara, Chef Wan atau Datuk Redzuawan Ismail mengenang Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali sebagai seorang yang dekat di hatinya dan disifatkan seperti seorang ibu.

Menurut Chef Wan, beliau mengenali Allahyarham sejak usia muda dan banyak melalui pelbagai program serta aktiviti kebajikan bersama pasangan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad itu.

“Sebenarnya, saya kenal Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah dah lama, daripada masa muda dulu. Zaman, of course, you know, she’s the First Lady kan..

“Dan kemudian dengan Tun, kami semua terlibat dalam macam-macam aktiviti bakti. Masa itu kita raise funds dan sebagainya untuk pelbagai tujuan kebajikan,” katanya ketika ditemui UtusanMelayuPlus di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya, hari ini.

Tambahnya, beliau turut mempunyai kenangan bersama Allahyarham dalam beberapa acara termasuk ketika mengadakan lawatan dan program berkaitan tugasnya sebagai duta makanan negara.

“Kadang-kadang ada state visit, saya masak juga. Jadi, itu antara kenangan saya dan Allahyarham Tun Dr Siti Hasmah itu macam mak saya,” katanya.

Beliau berkata, dirinya sengaja tidak hadir pada hari pertama selepas pemergian Allahyarham kerana mahu memberikan ruang kepada keluarga untuk berkabung.

Chef Wan berkata, antara perkara yang paling diingatinya ialah Allahyarham yang sering memuji usahanya menjaga ibunya.

Beliau turut mengenang bagaimana Allahyarham menghubunginya dan menghantar surat ketika ibunya meninggal dunia bagi menyampaikan ucapan takziah.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here