MB NS  menghadap Tuanku Muhriz, apakah akan ada hasilnya?

KEMELUT Negeri Sembilan (NS) hari ini masuk episod baru apabila Menteri Besar Datuk Isimal Lasim menghadap Yang Dipertuan Besar Tuanku Muhriz Tuanku Munawir, di Istana Hinggap, Seremban.

Selepas kira-kira 3 jam, pertemuan itu berlangsung, Ismail meninggalkan istana berkenaan melalui pintu belakang bagi mengelakkan petugas media yang menanti.

Turut berada di istana tersebut ialah  Undang Luak Rembau, Hassan Ab Hamid dan Undang Luak Sungei Ujong, Muhammad Faris Johari. Bagaimanapun Hassan hanya memaklumkan perbincangan belum selesai.

Sememangnya tiada siapapun yang mengetahui apakah butir perbincangan ketika Ismail menghadap Tuanku Muhriz selepas diarahkan berbuat demikian oleh Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO Datuk Seri Dr.Ahmad Zahid Hamidi dua hari lalu.

Kenyataan Hassan sudah cukup memberi kita jawapan kenapa Ismail mengelak daripada wartawan,mungkin beliau berpendapatan tidak molek untuk mengulas apa-apa kerana perbincangan belum selesai. Namun tidak kira apa pun keadaannya, perkembangan terbaru ini sudah tentu mencetuskan harapan kepada semua pihak khususnya rakyat NS agak krisis yang berlaku diselesaikan segera.

Sudah hampir dua bulan, barisan kepimpinan negeri yang dianggotai oleh Barisan Nasional (BN), Pas dan Wawasan ‘terjebak’ dalam kemelut tersebut. Kemuncaknya apabila Tuanku Munawir membatalkan pelantikan 10 orang Exco Kerajaan Negeri.

Ia berikutan tindakan mereka membuat kenyataan mengesahkan satu proklamasi bagi menurunkan Tuanku Muhriz sebagai Yang Dipertua Negeri Sembilan.

Walapun Jabatan Peguam Negara berkata kenyataan berkenaan tidak sah kerana Menteri Besar dan Exco tidak mempunyai kuasa untuk membuat pengisytiharan sedemikian mankala Setiausaha kerajaan negeri juga enggan mewartakan proklamasi tersebut namun krisis menjadi ‘semakin parah’.

Ismail bagai ‘keseorangan’ menguruskan NS selepas kesemua Exco berkenaan tidak dibenarkan memasuki pejabat sebelum pengguguran mereka diwartakan oleh Kerajaan Negeri.

Hakikatnya berdasarkan situasi semasa, Ismail tidak ada banyak pilihan. Keutamaan beliau ada harus memastikan pentadbiran kerajaan tidak jejas. Oleh itu tindakan Ahmad Zahid meminta Ismail menghadap Tuanku Munawir adalah tepat, sekurang-kurangnya di situ ada isyarat apa yang istana mahukan.

Melalui isyarat itu ia akan memberi panduan kepada Ismail bagaimana mahu menyelesaikan kemelut yang berlaku dan sekaligus akan memulihkan hubungan dengan istana.

Oleh itu diharapkan Ismail dan kepimpinan BN serta PN akan mempertimbangkan apa juga  yang dititahkan oleh Tuanku Muhriz. Sama ada mereka suka atau tidak, setuju atau tidak, itu perkara kedua.

Apa yang penting hubungan dengan istana pulih, exco kembali bertugas dan Menteri Besar boleh memimpin negeri dengan selesa. Kalau ditakdirkan kedudukan Ismail perlu ganti, lakukan sahaja. Kepimpinan BN yang sentiasa menitik beratkan kebajikan rakyat dan NS pastinya tidak ada masalah jika perubahan itu terpaksa dilaksanakan.

Kesimpulannya, dalam kemelut ini kesemua pihak mesti berjiwa besar bagi menyelesaikan. Rakyat NS mungkin tidak kisah apa yang berlaku tetapi mereka pasti rimas dengan pelbagai paparan mengenai krisis berkenaan, oleh itu tamatkan pertikaian ini dengan semangat “Kusut diselesaikan, keruh diperjernih.”

.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here