Banduan liwat rakan tahanan dipenjara lima tahun, satu sebatan

SEORANG banduan dijatuhi hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan oleh Mahkamah Sesyen Kuala Terengganu hari ini, selepas mengaku bersalah meliwat seorang tahanan lain di dalam sel Penjara Marang, awal bulan ini.

Mohd Ridzuan Zahar, 42, membuat pengakuan itu di hadapan Hakim Mohd Zul Zakiqudin Zulkifli selepas pertuduhan dibacakan terhadapnya.

Mengikut pertuduhan, banduan itu didakwa dengan sengaja melakukan persetubuhan bertentangan aturan tabii terhadap seorang lelaki berusia 23 tahun tanpa kerelaannya kira-kira jam 3 pagi, 4 September lalu.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di Penjara Marang dan pertuduhan dikemukakan mengikut Seksyen 377C Kanun Keseksaan, lapor BH.

Seksyen berkenaan memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 20 tahun serta boleh dikenakan sebatan, jika sabit kesalahan.

Mahkamah kemudian menjatuhkan hukuman penjara lima tahun dan satu sebatan terhadap Mohd Ridzuan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nur Anith Nabilah Rusli manakala tertuduh diwakili peguam daripada Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan, Abdul Hayyi Salim.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here