Usahawan wanita tebus semula Jeep Wrangler selepas bayar cukai jalan

USAHAWAN wanita terkenal dari Kelantan yang kenderaan utiliti sukan (SUV) Jeep Wrangler bernilai hampir RM500,000 miliknya disita Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), memperbaharui Lesen Kenderaan Motor (LKM) kenderaan berkenaan.

Pengarah JPJ Kelantan, Mohd Misuari Abdullah berkata, wanita itu membayar cukai jalan berkenaan pada awal minggu ini.

“Selepas pembaharuan itu dibuat, beliau dibenarkan mengambil semula Jeep Wrangler miliknya semalam,” katanya, lapor Harian Metro.

Sementara itu, wanita berkenaan menerusi hantaran di akaun TikToknya mendakwa dia hanya lewat memperbaharui cukai jalan selama sebulan dan menafikan dakwaan tular di media sosial kononnya tidak memperbaharuinya sejak 2014.

“Saya hanya lewat membayar cukai jalan selama sebulan, namun ada pihak mendakwa saya tidak membayar cukai jalan sejak 2014.

“Saya percaya ada pihak yang sengaja mahu mencetuskan isu,” katanya.

Jeep Wrangler yang dianggarkan bernilai hampir RM500,000 itu antara 3,790 kenderaan mewah yang disita JPJ di seluruh negara menerusi Op Luxury.

Pengarah Kanan Penguat Kuasa JPJ, Datuk Muhammad Kifli Ma Hassan sebelum ini memaklumkan kenderaan itu disita di Jalan Taman Tengku Anis, di sini, kira-kira jam 2.50 petang, 24 September lalu.

Beliau berkata, kenderaan itu disita selepas didapati mempunyai LKM yang tamat tempoh.

Tambahnya, sebanyak 3,790 kenderaan mewah disita antara Jun 2025 hingga 26 September tahun ini dengan anggaran nilai keseluruhan RM550 juta.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here