Guru tadika mengaku tidak bersalah pecah amanah yuran RM8,640

SEORANG guru tadika mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, hari ini atas empat pertuduhan pecah amanah membabitkan yuran tadika berjumlah RM8,640, empat tahun lalu.

Noraniza Mohd Husni @ Mohd Sabri, 32, membuat pengakuan itu selepas kesemua pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Datuk Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Mengikut pertuduhan, tertuduh yang ketika kejadian merupakan Ketua Cawangan sebuah tadika didakwa secara tidak jujur menyalahgunakan harta syarikat iaitu yuran tadika yang dibayar pelanggan berjumlah antara RM950 hingga RM4,930.

Perbuatan itu didakwa dilakukan di Jalan Adda 7, Taman Adda Heights, Johor Bahru, antara 9 Jun hingga 3 Oktober 2022.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 408 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 14 tahun dan sebatan tidak kurang daripada enam kali serta boleh dikenakan denda, jika sabit kesalahan.

Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM8,000 dan menetapkan 3 November depan untuk sebutan semula kes, lapor Harian Metro.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Shamira Mohd Luthfi Ismail, manakala tertuduh diwakili peguam Muhammad Akmal Mazlan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here