Pekerja kedai makan direman 7 hari kes rogol, serangan seksual anak majikan

SEORANG pekerja kedai makan berusia 71 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes rogol dan serangan seksual terhadap anak perempuan majikannya berusia 18 tahun di sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney, Georgetown.

Perintah reman terhadap suspek dikeluarkan Majistret S Selvaranjini bermula hari ini hingga Khamis depan.

Kes disiasat mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan kerana merogol dan Seksyen 377C kanun sama kerana melakukan persetubuhan luar tabii.

Suspek dilihat menutup muka ketika diiringi anggota polis keluar dari bilik mahkamah bagi mengelakkan wajahnya dirakam petugas media.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang, suspek dikatakan membawa mangsa berjalan-jalan di sebuah pusat beli-belah di Persiaran Gurney, lapor Buletin TV3.

Ketika berada di pusat beli-belah itu, suspek didakwa menarik mangsa masuk ke tandas lelaki di tingkat dua sebelum merogol dan melakukan serangan seksual terhadapnya secara paksa.

Perbuatan itu dilaporkan berterusan sehingga seorang pengunjung mengetuk pintu tandas berkenaan.

Selepas kejadian, suspek didakwa memberikan wang tunai kepada mangsa sebelum membawanya kembali ke kedai milik bapa mangsa yang terletak berhampiran.

Mangsa yang trauma kemudian menceritakan kejadian itu kepada keluarganya sebelum laporan polis dibuat.

Laporan berkenaan membawa kepada penahanan suspek bagi membantu siasatan.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here