Dua minggu intip rumah, warga emas kerugian RM23,000 disamun

SEORANG wanita warga emas kerugian kira-kira RM23,000 selepas disamun seorang lelaki yang dipercayai terlebih dahulu mengintip rumahnya selama dua minggu di Taman Seri Jerai 2, Gurun pagi semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 9.20 pagi itu, mangsa berusia 67 tahun berada seorang diri di rumah sebelum didatangi suspek yang masuk tanpa kebenaran.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan berkata, suspek kemudian mengugut mangsa menggunakan objek menyerupai pistol sebelum merampas barang kemas yang dipakainya.

“Selepas melakukan perbuatan tersebut, suspek melarikan diri dengan menaiki sebuah kereta berwarna merah jenis tidak diketahui.

“Akibat kejadian tersebut, pengadu mengalami lebam pada pergelangan tangan kiri dan kanan. Pengadu kemudiannya hadir ke Balai Polis Gurun untuk membuat laporan bagi membolehkan tindakan lanjut diambil,” katanya, lapor Sinar Harian.

Menurut Hanyan, mangsa tinggal bersama suaminya, namun ketika kejadian suaminya tiada di rumah.

Susulan laporan diterima, polis berjaya menahan seorang lelaki berusia 41 tahun kira-kira jam 11.15 malam tadi di sebuah rumah di Taman Permai Utama.

Siasatan awal mendapati suspek dipercayai bertindak seorang diri ketika melakukan samun berkenaan.

“Hasil siasatan membongkar intipan dilakukan suspek terhadap rumah pengadu selama lebih kurang dua minggu sebelum kejadian.

“Pada hari kejadian, suspek telah melihat suami pengadu keluar dari rumah tersebut sebelum bertindak sedemikian,” katanya.

Hanyan berkata, semakan polis mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau dan kes ini disiasat mengikut Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here