Seorang nelayan lemas, lima selamat bot terbalik dipukul ombak

SEORANG nelayan lemas, manakala lima rakannya terselamat selepas bot fiber dinaiki mereka terbalik dipukul ombak berhampiran Pulau Sayak, di Tanjung Dawai hari ini.

Dalam kejadian sekitar jam 12 tengah hari itu, mangsa, Muhammad Amin Izham, 27, dan lima rakannya dipercayai terjatuh daripada bot selepas bot terbalik ketika mereka menangkap ikan, namun mangsa ditemukan lemas, manakala lima rakannya berjaya diselamatkan orang awam.

Difahamkan, bot fiber pukat temenung dinaiki enam nelayan itu dari perairan Batu Maung, Pulau Pinang menghala pulang ke Tanjung Dawai dan terbalik di Pulau Sayak.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Hanyan Ramlan mengesahkan kejadian itu dan berkata, perkembangan lanjut mengenai kejadian itu akan dimaklumkan kemudian.

Mayat mangsa dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH), Sungai Petani untuk tindakan lanjut.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img