Perodua Kancil terbabas masuk kedai kopi, pelanggan wanita cedera

SEORANG wanita cedera selepas dirempuh sebuah Perodua Kancil yang terbabas masuk ke sebuah kedai kopi di Pusat Komersial Bornion, Luyang, Kota Kinabalu, pagi tadi.

Kejadian kira-kira jam 6.23 pagi itu turut dirakam kamera litar tertutup (CCTV) sebelum video berdurasi 15 saat berkenaan tular di media sosial.

Rakaman menunjukkan mangsa yang sedang berjalan masuk ke premis berkenaan berada di hadapan gerai makanan sebelum kenderaan terbabit tiba-tiba meluru ke arahnya.

Kenderaan itu turut merempuh meja jualan makanan sebelum memasuki premis berkenaan sehingga menyebabkan bahagian hadapan kedai berselerak dengan barangan bertaburan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Shahrudin Mat Husain, berkata kenderaan terbabit dipandu seorang lelaki dan dipercayai bergerak ke hadapan selepas pemandunya gagal memastikan kedudukan gear dalam keadaan selamat.

“Kenderaan itu kemudian melanggar seorang wanita,” katanya ketika dihubungi, hari ini, lapor BH.

Beliau berkata, mangsa tidak mengalami kecederaan serius dan masih sedar serta boleh bergerak selepas kejadian.

“Bagaimanapun, mangsa bersama suaminya dibawa ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE II) untuk pemeriksaan dan rawatan lanjut,” katanya.

Menurutnya, anggota Balai Polis Luyang turut ke lokasi kejadian bagi menjalankan pemeriksaan.

Katanya, polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here