24 kawasan catat IPU tidak sihat setakat 3 petang

SEBANYAK 24 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) tidak sihat setakat jam 3 petang ini, dengan Pasir Gudang, Johor merekodkan bacaan tertinggi iaitu 174.

Berdasarkan data Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS), Johor merekodkan tujuh kawasan dengan bacaan tidak sihat, termasuk Pasir Gudang, Kota Tinggi (170), Pengerang (166), Larkin (159), Batu Pahat (156), Tangkak (152) serta Kluang (144).

PENUMPANG pengangkutan awam mengenakan pelitup mulut dan hidung berikutan situasi jerebu yang tidak menentu ketika ini, di ibu negara hari ini. GAMBAR: Nurul Shafina Jemenon

Negeri Sembilan pula mencatatkan bacaan tidak sihat di Seremban (167), Nilai (164) dan Port Dickson (154).

Di Pahang, Balok Baru, Kuantan merekodkan bacaan IPU 162, diikuti Rompin (155) dan Indera Mahkota, Kuantan (110).

Terengganu turut mencatatkan dua kawasan dalam kategori tidak sihat iaitu Kemaman (156) dan Paka (154).

Sementara itu di Melaka, Bukit Rambai merekodkan bacaan 160, manakala Bandaraya Melaka (154) dan Alor Gajah (153) manakala di Selangor pula, Johan Setia mencatatkan IPU 152.

ORANG ramai mengenakan pelitup mulut dan hidung berikutan situasi jerebu yang tidak menentu ketika ini, di ibu negara hari ini. GAMBAR: Nurul Shafina Jemenon

Wilayah Persekutuan Putrajaya merekodkan bacaan 156, manakala di Sarawak, IPD Serian mencatatkan bacaan IPU 154, diikuti Samarahan (136) dan Sri Aman (116).

Bacaan IPU di Tawau, Sabah iaitu 137 turut berada dalam kategori tidak sihat.

Bacaan IPU antara 101 hingga 200 dikategorikan sebagai tidak sihat, manakala bacaan 51 hingga 100 berada pada tahap sederhana.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here