Kanak-kanak tujuh tahun cedera diserang lapan anjing liar di taman permainan

SEORANG kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun cedera selepas diserang sekumpulan lapan anjing liar ketika bermain di taman permainan berhampiran kawasan flat di Lima Kedai, Gelang Patah di Iskandar Puteri hari ini.

Mangsa mengalami kecederaan pada mata, leher, kepala dan badan sebelum dikejarkan ke Hospital Sultanah Aminah (HSA), Johor Bahru untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kota Iskandar, Pandak Ahmad berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 3 petang dan menimbulkan kebimbangan penduduk setempat, khususnya membabitkan keselamatan kanak-kanak.

Menurutnya, kawasan berkenaan turut menyaksikan satu lagi kejadian membabitkan kumpulan anjing liar sama pada pagi tadi apabila seorang remaja lelaki berusia 18 tahun nyaris diserang.

“Remaja terbabit dikatakan mahu membeli barangan di sebuah kedai runcit berhampiran sebelum diserang kumpulan anjing liar sama.

“Bagaimanapun, haiwan itu berjaya dihalau dan remaja terbabit dapat menyelamatkan diri,” katanya, lapor Harian Metro.

Pandak berkata, kejadian terbaharu itu menimbulkan kebimbangan penduduk yang bimbang keselamatan mereka, terutama kanak-kanak yang menggunakan kawasan permainan berkenaan.

Sehubungan itu, beliau berharap pihak berwajib mengambil tindakan segera bagi menangani masalah anjing liar di kawasan berkenaan dan mengelakkan kejadian sama berulang.

“Saya berharap isu anjing liar di kawasan berkenaan dapat ditangani secara berkesan dan segera,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here