SEORANG lelaki berusia 40-an maut selepas keretanya dihempap pokok tumbang di Persiaran Dutamas Taman Duta, Kuala Lumpur berikutan ribut dan hujan lebat hari ini.
Ibu Pejabat Bomba Kuala Lumpur dalam satu kenyataan memaklumkan, mereka menerima beberapa panggilan kecemasan berkaitan insiden pokok tumbang di sekitar Kuala Lumpur yang turut meghempap beberapa buah kenderaan.
“Pasukan bomba dikerahkan ke beberapa lokasi terjejas bagi menjalankan kerja-kerja penyelamatan, pembersihan, pemotongan pokok tumbang serta memastikan keselamatan kawasan awam terjamin.”
Sementara itu, dua lagi kejadian dilaporkan iaitu di Jalan Metro Prima, Kepong Baru, sebuah kereta terlibat menyebabkan seorang wanita berusia 30an cedera, manakala dalam kejadian di Jalan Burung Balam, Taman Bukit Maluri, sebuah kereta terlibat.
Bomba Kuala Lumpur memaklumkan pihaknya akan terus berada dalam keadaan bersiap siaga bagi menghadapi sebarang kemungkinan, ekoran cuaca buruk yang dijangka berterusan dalam tempoh terdekat.
UNDILAH |