Najib terima dokumen pelaksanaan perintah tahanan rumah, kandungan tidak boleh didedahkan – Peguam

DATUK  Seri Najib Razak sudah menerima dokumen daripada kerajaan berhubung pelaksanaan tahanan rumah, termasuk lampiran yang mengandungi mekanisme serta syarat pelaksanaan perintah berkenaan.

Peguam, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bagaimanapun berkata, kandungan dokumen terbabit tidak boleh didedahkan kepada umum.

Menurutnya, Najib telah diarahkan oleh pihak penjara supaya tidak mendedahkan kandungan surat berkenaan.

“Beliau tidak boleh mendedahkan kandungan tersebut. Kandungan itu adalah untuk pengetahuan beliau sahaja. Sekiranya kandungan tersebut didedahkan, orang awam dan pihak media akan mula mereka-reka cerita. Semua orang akan membincangkannya,” katanya lapor Buletin TV3.

Mengulas lokasi pelaksanaan tahanan rumah, peguam itu mengesahkan Najib akan menjalani tahanan rumah di kediaman di Langgak Duta, selain dibenarkan tinggal bersama keluarganya sepanjang menjalani tahanan rumah berkenaan.

Minggu lalu, Ketua Pengarah Bahagian Hal Ehwal Undang-undang (BHEUU), Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zamri Misman berkata, makluman perincian itu sudah dimaklumkan secara lanjut kepada Najib oleh Jabatan Penjara Malaysia.

Terdahulu pada 19 September lalu, Peguam Negara, Tan Sri Mohd Dusuki Mokhtar berkata, Jabatan Penjara dijangka mengeluarkan SOP bagi pelaksanaan tahanan rumah bekas Ahli Parlimen Pekan itu.

Beliau berkata, SOP berkenaan akan memperincikan aspek lawatan, kawalan serta pemantauan pergerakan Najib.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here