Jumpa kondom dalam bilik tidur, pekerja kedai kopi direman kes rogol remaja

SEORANG pekerja kedai kopi direman lima hari bagi membantu siasatan dakwaan merogol teman wanitanya yang berusia 14 tahun pada September lalu.

Perintah reman sehingga 19 Oktober itu dikeluarkan Majistret Dayang Aidaku Amira Aminuddin terhadap suspek berusia 18 tahun selepas mendengar permohonan polis dan rayuan peguam bela.

Sebelum itu, pegawai penyiasat, Inspektor Robiatul Adawiyah Japri memohon reman tujuh hari bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan, lapor Sinar Harian.

Bagaimanapun, peguam yang mewakili suspek, Nur Fadhilah Najihah Amir merayu supaya tempoh reman dikurangkan dengan alasan anak guamnya masih muda, bekerja bersama neneknya di sebuah kedai kopi di daerah itu dan akan memberikan kerjasama penuh sepanjang siasatan.

Menurut peguam itu, suspek dan mangsa merupakan pasangan kekasih, selain mendakwa anak guamnya tidak berniat menyakiti remaja perempuan berkenaan.

Berdasarkan keterangan kes, ibu mangsa mula mengesyaki anak perempuannya melakukan hubungan seks dengan suspek selepas menemukan kondom terpakai di dalam bilik tidur anaknya pada 8 Oktober lalu.

Keesokan harinya, ibu mangsa menemukan satu lagi kondom dan pelincir di dalam beg sekolah anaknya.

Remaja perempuan itu kemudian mengakui melakukan hubungan seks sekali dengan suspek pada 26 September lalu.

Susulan itu, ibu mangsa membuat laporan polis sebelum suspek ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, semalam.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here