Anwar tegaskan tidak akan benar demografi majoriri Melayu dipecahkan

DATUK Seri Anwar Ibrahim hari ini menegaskan beliau bukanlah boneka kepada mana-mana pihak untuk memecahkan demografi majoriti Melayu, malah tidak akan sesekali membenarkan keadaan itu berlaku selagi diberi mandat untuk menerajui pentadbiran negara.

Sehubungan itu, Perdana Menteri mempersoalkan sejak puluhan tahun, kerajaan mana yang serah tanah milik orang Melayu kepada Cina.

‘’Kerajaan mana yang sanggup dan berani sejak 1957 beri tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur. Kita yang bagi (tanah rizab Melayu di Kuala Lumpur) dan tiada bangkangan, ada persetujuan dalam Jemaah Menteri. Ini antaranya perumahan rakyat,” katanya

Beliaau menjawab soalan tambahan Datuk Seri Hamzah Zainuddin (PN-Larut) ketika sesi pertanyaan menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Sehubungan Anwar membidas  sikap segelintir pihak yang cuba mewujudkan persepsi kononnya Rang Undang-Undang (RUU) Pembaharuan Semula Bandar (PSB) 2025 bertujuan untuk memecahkan demografi majoriti Melayu kepada bukan Melayu.

“(Ada pihak) bimbang takut syarikat Cina ambil alih semua hak kawasan Melayu.

“Saya hendak tanya, sejak kita ambil alih kerajaan, dengan penyertaan DAP (dalam Kerajaan Perpaduan), kawasan mana yang kita serah (kepada bukan Melayu),” katanya.

Mengulas lanjut, beliau  berkata, RUU PSB 2025 menetapkan syarat pembangunan semula bandar yang lebih ketat, selain tidak menghakis hak masyarakat Melayu mendiami kawasan berkenaan.

Beliau berkata, RUU berkenaan turut menetapkan rumah yang mungkin terjejas susulan projek pembangunan semula bandar akan diganti dengan kediaman lebih baik.

“Kalau rumah sebilik akan digantikan dengan minimum tiga bilik. Kemudian mengenai demografi, adakah umpamanya dengan cara ini majoriti Melayu akan terhakis… setakat kita bangunkan, (RUU PSB 2025) berbeza dengan (syarat) terdahulu.. tiada syarat ini.

“Saya selalu tegaskan di Parlimen ini, ujian paling kukuh bagi mana-mana pentadbiran ialah melaksanakan janji ketika berkuasa, termasuk projek perumahan. Boleh beri contoh di mana kelulusan kita hampir tiga tahun? Di mana kita pindahkan demografi majoriti Melayu kepada bukan Melayu? Tiada.

“Yang berlaku itu (kepemimpinan) terdahulu, tanyalah menteri sebelumnya yang sekarang dengan mereka (pembangkang). Mereka harus jawab,” kata.

Dalam pada itu, Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun mempersoal pendirian Perikatan Nasional (PN) mengenai pembangunan semula rumah kos rendah serta projek perumahan ketika menerajui pentadbiran negara sebelum ini.

“Saya mahu tanya dalam 33 bulan (pentadbiran PN) ada tak cadangan bangunkan rumah kos rendah… ada tak cadangan projek perumahan.

“Ada cadangan sebenarnya, saya tengok menteri terdahulu ada cadangan sama, pembangunan semula bandar dan kini (apabila Kerajaan Madani) buat (pembangkang) tunjuk perasaan, menentang.

“Saya mahu tahu mana satu (pendirian menteri perumahan terdahulu)… kalau betul dia setuju dan ada beberapa kelemahan, betulkan tetapi jangan menentang (RUU PSB 2025).

“Orang kata kita mahu dukung golongan kaya, lihat semua projek diluluskan di Kuala Lumpur sekarang, mana yang boleh kita katakan hanya memihak kepada golongan kaya

“Semuanya (dilengkapi) syarat sekolah vertikal, rumah rakyat. Ini kita letakkan syarat. Tidak umpamanya tambah satu tingkat, komisen RM5 juta. Ini tak diizinkan sama sekali,” kata Anwar yang juga Ahli Parlimen Tambun itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img