Abdul Hadi ziarah Dr.Mahathir, doakan terus bersabar

PRESIDEN Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang menziarahi Tun Dr Mahathir Mohamad di kediaman bekas Perdana Menteri itu di Seri Kembangan, har ini.

Melalui catatan di Facebook hari ini, Abdul Hadi berkata, beliau mendoakan Dr Mahathir terus bersabar selepas pemergian isteri, Tun Dr Siti Hasmah Mohamad Ali pada 28 September lalu.

Beliau turut mendoakan Allahyarham Dr Siti Hasmah sentiasa beroleh kebaikan berterusan.

“Saya ucapkan kepada Tun Dr Mahathir dengan satu hadis Nabi Muhammad SAW.

“Sesungguhnya bagi Allah apa yang Dia ambil, bagi Allah jua apa yang Dia berikan, setiap sesuatu mempunyai ajal yang telah ditentukan. Bersabarlah dan harapkanlah pahala,” katanya.

Turut hadir Ahli Parlimen Kota Bharu Datuk Seri Takiyuddin Hassan dan Ahli Parlimen Bachok Syahir Sulaiman.

Dr Siti Hasmah meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) pada usia 100 tahun dan dikebumikan dengan Istiadat Pengebumian Pembesar Negara di Pusara Negara, Presint 20, Putrajaya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here