Pengarah klinik disyaki guna maklumat 880 pencarum Perkeso mohon dana RM50,000

SEORANG pengarah sebuah klinik swasta di Sabah ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki mengemukakan dokumen mengandungi butiran matan palsu bagi mendapatkan dana kira-kira RM50,000 untuk Program Saringan Kesihatan anjuran sebuah badan berkanun.

SPRM dalan kenyataan berkata, suspek lelaki berusia lingkungan 40-an itu ditahan kira-kira jam 8 malam tadi ketika hadir memberi keterangan di pejabat SPRM Cawangan Lahad Datu.

“Siasatan awal mendapati suspek disyaki melakukan perbuatan itu pada 2023 dengan menggunakan maklumat 880 pekerja yang juga pencarum Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) tanpa pengetahuan mereka bagi memohon dana program berkenaan,” kata kenyataan itu hari ini.

Sementara itu Pengarah SPRM Sabah, Datuk Mohd Fuad Bee Basrah mengesahkan penahanan itu dan memaklumkan kes ini disiasat mengikut Seksyen 18 Akta SPRM 2009.

Beliau berkata, suspek akan dilepaskan selepas keterangannya diambil.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here