30 penjaja raih jualan RM207,000 di MotoGP tanpa tanggung kos sewa tapak

SEBANYAK 30 penjaja tempatan berjaya mencatatkan jualan keseluruhan RM207,000 sepanjang tiga hari penganjuran Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2026 menerusi inisiatif Litar Rasa MADANI, tanpa perlu menanggung kos sewa tapak perniagaan.

Program anjuran Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) yang berlangsung di kawasan K2 Hillstand, Litar Antarabangsa Sepang (SIC) itu turut menerima lebih 10,000 pengunjung sepanjang tempoh berkenaan.

STEVEN Sim Chee Keong menyantuni peniaga yang menjual makanan pada sepanjang tiga hari penganjuran Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2026 menerusi inisiatif Litar Rasa MADANI di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini. GAMBAR: KUSKOP

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Steven Sim Chee Keong berkata, inisiatif itu diteruskan selepas kejayaan pelaksanaannya sempena perlumbaan Formula Satu (F1) pada awal Oktober lalu bagi membuka lebih banyak peluang kepada penjaja dan peniaga kecil menjana pendapatan menerusi acara sukan bertaraf antarabangsa.

Menurutnya, acara besar seperti MotoGP mempunyai potensi pasaran yang luas kerana mampu menarik kehadiran pengunjung dalam jumlah besar, namun kos sewa tapak dan logistik yang tinggi sering menjadi penghalang kepada peniaga kecil.

STEVEN Sim Chee Keong mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2026 di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini. GAMBAR: KUSKOP

“Melalui Litar Rasa MADANI, penjaja tidak perlu mengeluarkan belanja yang besar untuk menyewa tapak dan menyediakan fasiliti berniaga.

“Mereka boleh menggunakan modal yang ada untuk menyediakan stok jualan dan mengambil peluang menjana pendapatan daripada pengunjung MotoGP,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Menerusi inisiatif itu, KUSKOP menanggung sepenuhnya kos sewa tapak yang boleh mencecah RM3,000 bagi lokasi komersial di acara berkenaan.

STEVEN Sim Chee Keong mengiringi Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika menghadiri Grand Prix Motosikal Malaysia (MotoGP) 2026 di Litar Antarabangsa Sepang, baru-baru ini. GAMBAR: KUSKOP

Selain pengecualian sewa, kementerian turut menyediakan kemudahan khemah, baju, apron, meja dan kerusi bagi mengurangkan kos penyertaan, manakala penjaja hanya perlu membayar RM180 untuk lesen perniagaan kepada pihak berkuasa tempatan.

Dalam perkembangan berkaitan, Kerajaan MADANI turut menawarkan Tiket MADANI pada harga RM49.90 kepada pemegang MyKad untuk menyaksikan perlumbaan dari kawasan K2 Hillstand, sekali gus memberi peluang kepada lebih ramai rakyat menikmati acara sukan antarabangsa pada harga berpatutan.

MotoGP Malaysia 2026 berlangsung dari 30 Oktober hingga 1 November lalu di Litar Antarabangsa Sepang, dengan kehadiran melebihi 196,000 penonton sepanjang tiga hari perlumbaan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here