Lelaki positif dadah, ada 13 rekod jenayah ditahan pandu kereta klon

TINDAKAN seorang lelaki memandu kereta klon terbongkar apabila dia ditahan polis dalam rondaan cegah jenayah di Kampung Bukit Lakota, Jeli, kira-kira jam 12 tengah hari semalam.

Pemeriksaan mendapati suspek berusia 27 tahun itu positif methamphetamine dan mempunyai 13 rekod jenayah lampau.

Ketua Polis Daerah Jeli, Superintendan Kamarulzaman Harun berkata, suspek ditahan anggota Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Jeli yang sedang menjalankan rondaan di kawasan berkenaan.

Menurutnya, pemeriksaan terhadap kereta Honda Integra dipandu lelaki itu mendapati nombor casis dan enjin tidak terdapat dalam rekod pendaftaran Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ), manakala nombor pendaftarannya disyaki palsu.

“Suspek ditahan, manakala kereta itu diserahkan kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) IPD Jeli untuk tindakan lanjut,” katanya.

Beliau berkata, polis akan terus mempergiat rondaan dan operasi penguatkuasaan bagi membanteras kegiatan jenayah serta memastikan keselamatan dan ketenteraman awam di daerah itu sentiasa terpelihara.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here