Penunggang motosikal maut cuba elak lubang pembetungan

SEORANG penunggang motosikal maut selepas terbabit dalam kemalangan membabitkan sebuah kereta dan lori ketika cuba mengelak lubang pembetungan di Jalan Meru Tambahan, Kapar di Klang pagi tadi.

Mangsa berusia 30 tahun disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian dalam insiden kira-kira jam 8.37 pagi itu.

Ketua Polis Daerah Klang Utara, Asisten Komisioner Ramsay Embol berkata, mangsa yang dalam perjalanan dari Puncak Alam menghala ke Meru dipercayai cuba mengelak lubang pembetungan di tengah jalan.

Bagaimanapun, katanya, tindakan itu menyebabkan motosikal ditunggang mangsa melanggar bahagian sisi kiri belakang sebuah kereta yang dipandu wanita berusia lingkungan 20-an.

“Motosikal itu kemudian bergesel dengan bahagian sisi kanan sebuah lori dipandu lelaki berusia lingkungan akhir 20-an.

“Akibat kejadian itu, mangsa terjatuh di atas jalan raya dan mengalami kecederaan parah sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here