Pedal minyak bermasalah, Perodua Alza terbalik di Plaza Tol Jitra

MASALAH teknikal pada pedal minyak dipercayai menyebabkan sebuah Perodua Alza hilang kawalan sebelum merempuh pembahagi lorong dan terbalik di Plaza Tol Jitra arah utara di Jitra pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintenden Mohd Radzi Abdul Rahim berkata, kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu membabitkan sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang dipandu seorang remaja perempuan.

Menurutnya, siasatan awal mendapati kenderaan itu sedang bergerak lurus dari arah Lebuhraya Hutan Kampung menuju ke Jitra sebelum pedal minyak dipercayai mengalami masalah ketika tiba di plaza tol berkenaan.

“Apabila tiba di plaza tol berkenaan, pedal minyak kenderaan itu dipercayai mengalami masalah teknikal sehingga menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu melanggar pembahagi lorong (island nose),” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, impak pelanggaran menyebabkan kenderaan itu terbalik di lorong kedua plaza tol berkenaan.

Kejadian itu menyebabkan pemandu mengalami kecederaan di bahagian mulut, manakala penumpang hadapan lelaki yang sebaya dengannya cedera di muka.

Kedua-dua mangsa kemudian dihantar ke Hospital Jitra untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Mohd Radzi berkata, Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (BSPT) Ibu Pejabat Polis Daerah Kubang Pasu menerima maklumat mengenai kejadian itu pada jam 9.45 pagi ini.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here