SEORANG pelajar lelaki Tingkatan Tiga dari sebuah sekolah berasrama penuh (SBP) di Kuala Kangsar ditemukan meninggal dunia dalam kawasan sekolah berkenaan petang ini.
Pelajar terbabit dilaporkan ditemukan dalam keadaan tidak sedarkan diri kira-kira jam 6 petang.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd Alwi Zainal Abidin ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu, lapor Sinar Harian.
Beliau berkata, kenyataan lanjut berhubung insiden berkenaan akan dikeluarkan menerusi kenyataan media dalam masa terdekat.
Difahamkan, mayat pelajar berkenaan telah dibawa ke Hospital Taiping untuk proses bedah siasat bagi mengenal pasti punca kematian.
Polis masih menjalankan siasatan lanjut berhubung kejadian itu.





