Remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi di sungai

SEORANG remaja lelaki dikhuatiri lemas ketika mandi bersama beberapa rakannya di Sungai Kampung Pulau Belacan, Kota Bharu petang tadi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Pengkalan Chepa, Mohd Faizol Hisam Abdullah berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada jam 5.41 petang.

Menurutnya, sebanyak lapan pegawai dan anggota digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR).

“Operasi pencarian di permukaan sungai dilakukan bersama Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA),” katanya ketika dihubungi, lapor BH.

Sementara itu, saksi, Wan Mohd Faizal Wan Hamid, 43, berkata, dia yang kebetulan melalui kawasan berkenaan didatangi seorang remaja lelaki yang memaklumkan rakannya lemas di sungai terbabit.

Katanya, ketika itu mangsa sudah tidak kelihatan di permukaan air sebelum beberapa individu di lokasi turut berusaha melakukan pencarian.

“Saya segera menghubungi pihak bomba dan dalam masa yang sama ada individu lain cuba mencari menggunakan bot tetapi mangsa masih tidak dijumpai,” katanya.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here