Rogol wanita, samun dua beradik di hotel: Lelaki dipenjara 15 tahun

SEORANG lelaki dihukum penjara 15 tahun selepas mengaku bersalah merogol seorang wanita dan melakukan samun bersenjata terhadap wanita itu serta adiknya di sebuah hotel di Jalan Kapar, Klang pada 14 November lalu.

Mahkamah Sesyen Klang menjatuhkan hukuman penjara 10 tahun bagi kesalahan merogol, manakala lima tahun lagi bagi kesalahan samun bersenjata.

Hakim Puan Siti Nur Shafrida Hashim memerintahkan kedua-dua hukuman berjalan secara berasingan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku kira-kira jam 5.50 pagi apabila tertuduh memasuki bilik mangsa di hotel berkenaan ketika wanita itu sedang tidur.

Tertuduh kemudian mengugut mangsa menggunakan pemutar skru sebelum merogolnya secara paksa.

Selepas itu, tertuduh pergi ke bilik adik mangsa dan cuba merogol wanita berkenaan, namun gagal apabila mangsa melawan serta kakaknya turut menghalang perbuatan itu.

Tertuduh turut melakukan samun dengan meminta wang daripada kedua-dua mangsa dalam keadaan mereka ketakutan.

Mangsa pertama menyerahkan wang tunai RM200, manakala adiknya memberikan wang tunai RM700 serta sebuah telefon bimbit jenis Redmi Note 13X.

Susulan kejadian itu, tertuduh ditahan sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah (D9), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara kira-kira jam 7.40 malam pada hari sama di sebuah premis di Jalan Kapar.

Polis turut merampas sebuah telefon bimbit Redmi Note 13X berwarna biru yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes berkenaan.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here