Pengajar madrasah direman tujuh hari, disyaki amang seksual pelajar

SEORANG tenaga pengajar madrasah berusia 54 tahun direman tujuh hari bagi membantu siasatan kes disyaki amang seksual fizikal terhadap seorang pelajar perempuan berusia 16 tahun.

Perintah reman dikeluarkan Majistret Don Stiwin Malanjum di Mahkamah Majistret Tawau hari ini selepas membenarkan permohonan polis bagi melengkapkan siasatan.

Permohonan dikemukakan Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Tawau, Inspektor Nurul Amira Razali.

Lelaki terbabit ditahan di tepi jalan di sebuah taman perumahan berhampiran Jalan Utara, kira-kira jam 5 petang semalam.

Berdasarkan keterangan kes yang dikemukakan ketika permohonan reman, kejadian pertama didakwa berlaku pada jam 6.10 pagi, 8 November lalu, ketika mangsa berada di bilik mengaji madrasah berkenaan.

Kejadian kedua pula didakwa berlaku pada 13 November lalu, kira-kira jam 5.15 pagi, ketika mangsa sedang menggosok pakaian di ruang tamu madrasah sebelum dihampiri lelaki terbabit.

Mangsa yang bimbang terhadap keselamatan dirinya kemudian membuat laporan polis pada 14 November lalu, lapor BH.

Kes disiasat mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here