AGC cabar semakan kehakiman perintah tahanan rumah Najib

JABATAN Peguam Negara (AGC) akan mencabar permohonan semakan kehakiman yang difailkan Badan Peguam Malaysia bagi mencabar perintah tahanan rumah terhadap bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dalam kenyataan hari ini, AGC berkata pihaknya membangkitkan bantahan terhadap permohonan itu ketika pendengaran kebenaran untuk semakan kehakiman pada 12 November 2026.

Permohonan berkenaan mencabar perintah tahanan rumah yang didakwa diperkenankan oleh Yang di-Pertuan Agong terhadap Najib dalam Mesyuarat Lembaga Pengampunan bagi Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya Kali ke-64.

AGC berkata bantahan itu dibuat atas alasan keputusan yang dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong di bawah Perkara 42 Perlembagaan Persekutuan ketika menjalankan kuasa Lembaga Pengampunan tidak boleh dicabar di mahkamah atau bersifat non-justiciable.

Hujahan pihak-pihak berhubung permohonan itu dijadualkan didengar pada 17 Mac 2027.

“AGC akan terus mempertahankan institusi diraja dan Perlembagaan Persekutuan dalam semua tindakan yang diambil,” menurut kenyataan itu.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here