Kes kematian pempengaruh Taiwan : Polis buru Namewee, dipercayai melarikan diri

POLIS  sedang giat memburu penyanyi rap tempatan, Wee Meng Chee atau lebih dikenali sebagai Namewee, berhubung kes kematian seorang pempengaruh wanita warga Taiwan.

Namewee, 42, dipercayai menghilangkan diri selepas kes penemuan mayat wanita terbabit diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus berkata, pihaknya yakin bahawa Namewee sudah mengetahui perkembangan laporan siasatan kes berkenaan melalui laporan media rasmi dan media sosial.

“Setakat ini kita masih belum dapat mengesannya dan percaya dia sudah menghilangkan diri.

“Sebelum ini, kes kematian wanita berkenaan diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR), namun apabila ia diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan, dia dipercayai menghilangkan diri,” katanya lapor Sinar Harian.

Setakat ini, Namewee merupakan individu terakhir yang berada bersama pempengaruh Taiwan, Hsien Yun Hsin, 31, ketika mayatnya ditemui dalam sebuah bilik di Hotel Banyan Tree, Jalan Conlay, Kuala Lumpur pada jam 1.40 petang, 22 Oktober lalu.


 

UNDILAH

Loading poll ...

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img