Adly Zahari calon Ketua Menteri Melaka jika PH menang

PENGERUSI Pakatan Harapan (PH) Melaka, Adly Zahari akan dinamakan sebagai calon Ketua Menteri Melaka sekiranya gabungan politik memperoleh kemenangan majoriti dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka 14 November ini.

Pengarah Pilihan Raya PH, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, meskipun pihaknya ada beberapa calon lain, namun Adly disifatkan calon yang terbaik.

“Setakat ini, Adly calon Ketua Menteri menerusi persefahaman jika kita dapat majoriti atau diberi kepercayaan (dalam PRN Melaka).

“Setakat semalam, masih terlalu awal untuk melihat suasana. Namun, kita yakin kita boleh memberikan saingan sengit kali ini, insya-Allah,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Perasmian Penutupan Karnival Hari Penjaja dan Peniaga Kecil (HPPK) Peringkat Kebangsaan 2026 di Stadium Kajang, Kajang hari ini.

Amirudin berkata, PH akan mengumumkan manifesto ‘Rumah Kita’ mewakili pakatan itu bagi rakyat Melaka dalam tempoh tiga hari lagi.

Sebelum ini, Adly dilaporkan berkata PH tidak pernah membincangkan berkaitan isu ‘poster boy’ kerana strategi politik kali ini adalah setiap calon dipilih perlu menumpukan kepada kawasan masing-masing untuk menang.

Beliau dilaporkan berkata, tiada guna mempunyai poster boy tetapi tidak boleh memenangi kerusi ditandingi atau mempertahankan kerusi sedia ada.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here