Agong berkenan terima mengadap Onn Hafiz

YANG di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi di Johor Bahru hari ini.

Seri Paduka Baginda dipersembahkan beberapa perkara termasuk pentadbiran kerajaan negeri Johor selepas berlangsungnya Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16 baru-baru ini, selain hala tuju pentadbiran dan perancangan pembangunan negeri.

GAMBAR: Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Sultan Ibrahim turut menzahirkan harapan agar kerajaan negeri Johor yang telah diberi mandat oleh rakyat menjalankan amanah dan tanggungjawab dengan penuh dedikasi, berintegriti serta bersungguh-sungguh dalam melaksanakan setiap dasar dan inisiatif demi kesejahteraan rakyat dan kemajuan Johor.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img