Akmal bidas KKM, persoal tindakan batalkan kenaikan elaun ‘on call’ pegawai perubatan

KETUA Pemuda UMNO Datuk Dr. Muhamad Akmal Saleh hari ini mempersoalkan tindakan Kementerian Kesihatan membatalkan kenaikan elaun ‘on call’ bagi pegawai perubatan.

Sehubungan itu melalui catatan dalam Facebook beliau, Dr.Akmal bertanya kepada Menteri Kesihatan Datuk Dr. Dzulkefly Ahmad adakah kenyataan yang menyatakan bahawa elaun “on call” bagi pegawai perubatan tidak dapat dinaikkan adalah benar?

‘’Sedangkan pada kenyataan tahun lepas dan awal tahun ini telah dinyatakan bahawa akan ada kenaikan elaun “on call” bagi pegawai perubatan.

”Untuk makluman pihak YB menteri,bila diumumkan bahawa akan ada kenaikan elaun oncall ini para petugas kesihatan kita ini terasa dihargai walaupun kenaikan itu bukanlah banyak jika dibandingkan dengan bayaran “locum” di hospital swasta tetapi mereka merasakan bahawa segala penat lelah mereka ini dihargai oleh kerajaan,,’’ katanya.

Bagaimanapun beliau berkata,  apabila ada “u-turn” yang menyatakan bahawa elaun oncall tidak dapat dinaikkan pula,maka sejujurnya mereka terasa ditipu dan kecewa.

‘’Bukan soal duit,tetapi soal mereka ini yang bekerja siang dan malam untuk menjaga pesakit,tinggalkan masa bersama keluarga untuk menjaga pesakit perlu dihargai segala pengorbanan mereka ini . Kalau elaun menteri boleh beribu ringgit nilainya, tak kan lah kita nak biarkan mereka (pegawai perubatan) ini kekal dengan hanya elaun yang tidak setimpal dengan usaha mereka,’’ tegasnya.

Sehubungan itu, Dr.Akmal menegaskan, jika begitulah layanan yang diterima oleh pegawai perubatan, beliau bimbang lebih ramai lagi doktor dan petugas kesihatan akan berhijrah ke negara luar .

‘’Dan jika mereka berhijrah ke negara luar,bayangkan bagaimana sistem kesihatan kita akan beroperasi dengan baik. Sekali lagi saya nak tegaskan,ini bukan soal duit elaun,tetapi soal penghargaan kerajaan terhadap mereka yang banyak berkorban ini.

‘’Jika YB menteri nak lebih faham,saya mencadangkan YB menteri bersama menteri yang lain untuk kerja bersama dengan mereka di hospital selama seminggu  dan saya pasti pak menteri semua akan lebih memahami jiwa dan kesukaran petugas kesihatan kita dengan lebih baik,’’ katanya.

Beliau berkata, sepatutnya jika kenaikan elaun itu tidak boleh dilakukan, Kementerian Kesihatan sepatutnya secara jujur memaklumkan kepada pegawai perubatan terlibat bukannya ‘’ beri harapan akhirnya semua  hanya tinggal harapan’’.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img