Aminuddin ambil tanggungjawab atas kekalahan PKR di PRN Negeri Sembilan

PENGERUSI PKR Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun mengambil tanggungjawab atas kekalahan parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Negeri Sembilan lalu, susulan desakan supaya beliau meletakkan jawatan.

Beliau yang juga Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan berkata, beliau menerima desakan enam bahagian PKR Negeri Sembilan supaya berundur sebagai Pengerusi negeri.

“Saya yang memimpin pasukan, jadi saya bersedia memikul tanggungjawab. Saya tidak mahu lari daripada tanggungjawab atau menuding jari kepada sesiapa.

“Adakah semua keputusan saya sempurna? Tidak. Adakah strategi kita berjaya? Tidak. Adakah terdapat kelemahan dalam kepimpinan? Ya, saya akui,” katanya ketika berucap pada Kongres Nasional PKR 2026 di Ayer Keroh, Melaka hari ini.

Bekas Menteri Besar Negeri Sembilan selama dua penggal itu turut memohon maaf atas segala kekurangan dan kelemahannya sepanjang menerajui PKR negeri.

“Saya bersedia menerima apa sahaja keputusan kepimpinan parti. Jawatan ini bukan milik saya. Amanah ini milik parti,” katanya.

Pada PRN Negeri Sembilan 1 Ogos lalu, PKR hanya memenangi dua daripada 16 kerusi yang ditandinginya.

DAP pula memenangi sembilan daripada 11 kerusi yang ditandingi, manakala Amanah gagal memenangi sebarang kerusi.

Barisan Nasional dan Perikatan Nasional memenangi keseluruhan 25 kerusi sebelum membentuk kerajaan negeri.

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here