Ban pecah : Paras air mula surut di Bukit Changgang

PARAS air di kawasan Rancangan Tanah Belia (RTB) Bukit Changgang, Kuala Langat yang terjejas akibat banjir susulan kejadian ban pecah dilaporkan mula menunjukkan penurunan setakat pagi ini.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ashrul Riezal Asbar berkata, kawasan terbabit merekodkan penurunan paras air kira-kira 0.6 meter setakat jam 9.30 pagi.

Menurut beliau, kerja-kerja pemantauan di lokasi masih dijalankan dari semasa ke semasa bagi memastikan keadaan kekal terkawal.

Pada masa sama, beliau memaklumkan seramai 546 mangsa daripada 250 keluarga masih ditempatkan di Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

“Mereka terdiri daripada 295 lelaki dan 251 wanita.

“Daripada jumlah itu, 241 ialah lelaki dewasa, 166 wanita dewasa, selain 156 kanak-kanak lelaki dan perempuan serta 10 bayi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mangsa turut membabitkan 28 warga emas serta 17 orang kurang upaya (OKU).

Terdahulu, media melaporkan kejadian ban pecah awal pagi semalam mengakibatkan sekurang-kurangnya 32 rumah di Taman Langat Utama 2 terjejas banjir.

Antara kawasan yang terkesan ialah Jalan Pudina 2, Jalan Pudina 40, Jalan Pudina 41, Jalan LG2/10, Jalan LG2/12 dan Jalan Pudina 7 termasuk beberapa rumah lot berhampiran.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img