Bom terbakar, APMM selamatkan tiga nelayan

AGENSI Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) menyelamatkan tiga nelayan Filipina yang terapung dengan berpaut pada serpihan kayu berhampiran Pulau Taganak selepas bot mereka terbakar, semalam.

Pengarah APMM Sabah Laksamana Pertama Maritim Mohd Khairulanuar Abd Majid @ Razali berkata kejadian pada 2.05 petang semasa KM Banggi yang belayar ke Sandakan mengesan kepulan asap hitam pada jarak lima batu nautika timur laut perairan Filipina.

“Pasukan penyelamat digerakkan pada 2.52 petang. Tiga mangsa ditemukan terapung dan berjaya diselamatkan namun seorang daripadanya disahkan meninggal dunia di lokasi.

“Mereka dikenali sebagai Hajar Ganih yang cedera pada kedua-dua kaki dan Adamin manakala mangsa meninggal dunia ialah Fattah Asa,” katanya dalam kenyataan hari ini, lapor Bernama.

Seorang mangsa memaklumkan lapan kru lain telah diselamatkan bot tempatan dan dibawa ke Pulau Bakungan Besar.

Mohd Khairulanuar berkata KM Banggi telah ke Pulau Taganak untuk menyerahkan mangsa kepada pihak berkuasa Filipina, dengan proses penyerahan selesai pada 6.34 petang.

Proses itu melibatkan pasukan KM Banggi diketuai Komander Maritim Mahathir Mohammad dan lima anggota Philippine Coast Guard Sub Division Operation Taganak diketuai Ens. Datu Halun.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img