Budak lelaki 12 tahun maut dibaham buaya di Samarahan

SEORANG budak lelaki berusia 12 tahun maut dibaham buaya ketika menjala di Samarahan, hari ini.

Kejadian dipercayai berlaku kira-kira 7.30 pagi ketika mangsa, Arif Fahmi Aiman Mohd Tinggal berada dalam perahu bersendirian di Sungai Kampung Empila sebelum disambar haiwan berkenaan.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada 7.53 pagi.

Katanya, mereka kemudiannya menghantar sepasukan lapan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Samarahan ke lokasi.

“Maklumat awal daripada seorang saksi lelaki, mangsa sedang menebar jala dari atas perahu pada jarak kira-kira 10 meter dari bot saksi yang ketika itu sedang memancing.

“Lelaki terbabit mendengar mangsa menjerit dan apabila dia menoleh ke arah suara itu, didapati mangsa hilang daripada pandangan,” katanya dalam kenyataan, lapor Berita Harian.

Katanya, lelaki itu kemudiannya cuba mencari mangsa sebelum menghubungi talian kecemasan.

“Anggota bomba yang melakukan pencarian berjaya menemui mayat mangsa di lokasi kira-kira 10 meter dari tempat terakhir dia dilihat. Pemeriksaan awal menemui kesan kecederaan akibat gigitan buaya di badan dan dada mangsa. Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img