Bungkus disyaki mengandungi mayat ditemukan di tepi sungai

POLIS  sedang menjalankan siasatan berhubung penemuan satu bungkusan disyaki mengandungi mayat di kawasan sungai berhampiran Tanah Perkuburan Orang Asli Kampung Kerawat, Jalan Simpang Pulai-Cameron Highlands dekat Ipoh petang semalam.

Ketua Polis Daerah Ipoh ACP Abang Zainal Abidin Abang Ahmad berkata seorang lelaki tempatan berusia 28 tahun telah membuat laporan selepas dimaklumkan penduduk kampung mengenai penemuan itu.

Beliau berkata siasatan awal di tempat kejadian bersama Unit Forensik Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak telah mengesahkan terdapat satu bungkusan tersangkut pada batang pokok di tepi sungai.

“Pemeriksaan lanjut menemukan satu bungkusan disyaki mengandungi mayat dan identiti mangsa masih belum diketahui,” katanya dalam kenyataan malam tadi, lapor Bernama.

Abang Zainal Abidin berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) sementara menunggu hasil bedah siasat bagi menentukan sama ada terdapat sebarang unsur jenayah.

Beliau berkata orang ramai yang mempunyai maklumat boleh menghubungi Ketua Polis Balai Simpang Pulai Insp Tai Zhe Jin di talian 019-5448601.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial

Terkini

spot_imgspot_img

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img