Tujuh lelaki ditahan terlibat provokasi, cederakan Ketua Polis Dang Wangi di Kampung Sungai Baru

SEORANG daripada tujuh lelaki yang ditahan selepas disyaki terlibat dalam provokasi semasa proses pelaksanaan writ saman milikan kosong kediaman di Kampung Sungai Baru, Kuala Lumpur  kelmarin mengaku salah ketika dihadap ke mahkamah semalam. Dikenakan..

Lelaku itu merupakan antara suspek berusia antara 15 hingga 52 tahun yang ditahan sejak kelmarin hingga lewat petang semalam selepas disyaki terlibat dalam kes mencederakan Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Fadil Marsus, berkata, suspek berusia 26 tahun itu mengaku salah dan telah dikenakan denda sebanyak RM1,500 oleh mahkamah.

“Enam lagi individu masih ditahan reman bagi membantu siasatan dan kita turut sedang mengesan beberapa lagi individu yang terlibat dalam kes mencetuskan provokasi dan kekecohan,” katanya pada sidang media malam tadi.

Fadil berkata, hasil semakan polis mendapati kesemua suspek bukanlah penduduk di Kampung Sungai Baru.

“Kita percaya mereka mempunyai kaitan dengan bantahan terhadap proses pelaksanaan pengosongan kediaman dan pada masa ini pihak polis sudah membuka tiga kertas siasatan mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan, Seksyen 353 dan Seksyen 324 kanun yang sama.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus

IG:
Utusan Melayu Plus

TikTok:
@utusanmelayuplusofficial

Whatapps Channel:
UTUSAN MELAYU PLUS


Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_imgspot_img