Dua wanita cedera tergelincir dari pelampung di gelongsor taman tema di Melaka

DUA wanita cedera selepas tergelincir daripada pelampung ketika menggunakan gelongsor ‘Tornado Chaser’ di Melaka Wonderland Theme Park & Resort di Ayer Keroh, Sabtu lalu.

Kejadian berlaku kira-kira jam 2.30 petang menyebabkan kedua-dua wanita berusia lingkungan 30-an dan 40-an itu kini masih menerima rawatan lanjut di sebuah hospital.

Sementara itu, Nor Fazlin Badrol Hisham melalui satu muat naik di Facebook memaklumkan, dia antara dua mangsa yang terbabit kejadian itu, sementara seorang lagi adalah saudaranya, Razita Abd Razak dnegan masing-masing mengalami kecederaan di kepala.

Nor Fazlin mendakwa, dia mengalami darah beku dan pembengkakan otak, manakala saudaranya masih menerima rawatan di hospital, lapor Harian Metro.

Dia turut mendakwa menerima panggilan daripada pihak pengurusan, namun tidak memberikan kenyataan ketika itu kerana mendakwa masih belum stabil.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif taman tema berkenaan, Seow Cheng Swee berkata, pihak pengurusan berusaha mendapatkan maklumat lanjut berhubung kedua-dua mangsa selepas kejadian itu tular dalam media sosial.

Menurutnya, selepas kejadian itu, petugas taman tema membantu menenangkan mangsa sebelum mengambil kit rawatan kecemasan dan memberikan bantuan awal sewajarnya.

“Kedua-dua pengunjung dibantu keluar dari kawasan gelongsor menggunakan kerusi roda.

“Pihak pengurusan turut menghubungi talian kecemasan untuk mendapatkan ambulans selepas dimaklumkan terdapat kemungkinan kecederaan lain,” katanya ketika dihubungi.

Cheng Swee berkata, selepas kedua-dua mangsa dibawa ke hospital dengan ambulans, pihak pengurusan turut menghubungi seorang daripada mereka bagi menawarkan bantuan sekiranya diperlukan.

 

 



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here