Peniaga tudung maut elak lembu melintas

SEORANG peniaga wanita maut selepas motosikal ditungganginya terbabas ketika cuba mengelak lembu melintas di Jalan Ulu Melaka, Langkawi, malam tadi.

Dalam kejadian kira-kira jam 11.40 malam itu, mangsa, Siti Sarah Hana Mohamad Subri, 23, berasal dari Kota Kuala Muda, Kedah dilaporkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Asisten Komisioner Khairul Azhar Nuruddin, berkata mangsa seorang peniaga tudung dan ketika kejadian dalam perjalanan dari arah Kampung Ulu Melaka menghala ke Ayer Hangat.

“Setiba di tempat kejadian, motosikal yang ditunggang mangsa juga seorang peniaga tudung telah terbabas ketika cuba mengelak lembu melintas dari kiri ke bahu kanan jalan.

“Mangsa dilaporkan meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di kepala dan telah dibawa ke Unit Forensik Hospital Sultanah Maliha untuk bedah siasat,” katanya lapor Harian Metro.

Khairul Azhar berkata, setakat ini, punca kematian wanita itu masih belum diperoleh daripada pihak hospital.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.

IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB : Utusan Melayu Plus
IG: Utusan Melayu Plus
TikTok: @utusanmelayuplusofficial
Threads: @utusanmelayuplus
Whatapps Channel: Utusan Melayu Plus

Terkini

Related articles

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here

spot_img