Guru KAFA hilang ditemukan selamat di Pokok Sena

GURU Kelas al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu ditemukan selamat di sebuah rumah di Kampung Bukit Payong, Pokok Sena, Kedah, awal pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Barat Daya, Asisten Komisioner Anuwal Ab Wahab berkata, Mohamad Hijazi Zamri, 26, dikesan hasil tindakan dan siasatan lanjut polis.

“Hasil tindakan dan siasatan lanjut, lelaki berkenaan berjaya dikesan di sebuah rumah di alamat berkenaan.

“Dia yang berada dalam keadaan baik dan tidak mengalami sebarang kecederaan fizikal itu kemudian dibawa ke Balai Polis Bayan Lepas bagi tindakan lanjut sebelum diserah kepada keluarga,” katanya dalam kenyataan media, hari ini.

Anuwal berkata, polis merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang turut membantu dalam usaha mengesan lelaki berkenaan sehingga berjaya ditemukan.

“Sehubungan itu, orang ramai dinasihati supaya tidak membuat sebarang spekulasi atau menyebar maklumat tidak sahih berkaitan kejadian berkenaan,” katanya.

Semalam, media melaporkan lelaki terbabit tidak pulang selepas keluar dari rumahnya di Sungai Ara sejak 22 Ogos lalu.

Lelaki berkenaan sebelum itu meminta izin ibunya untuk ke Surau Al-Muttaqin di Lilitan Sungai Ara dengan menaiki motosikal.



IKUTI SALURAN MEDIA SOSIAL RASMI KAMI

FB :
Utusan Melayu Plus
IG:
Utusan Melayu Plus
TikTok:
@utusanmelayuplusofficial
Threads:
@utusanmelayuplus
Whatapps Channel:
Utusan Melayu Plus


Terkini

Leave a reply

Please enter your comment!
Please enter your name here